Tuesday, December 21, 2010

Majlis Penyampaian Hadiah UPSR 2010

Tahniah abang kerana mendapat 5A dalam UPSR 2010. kejayaan abang menjadi kebangaan keluarga dan pendorong kepada kami untuk lebih berusaha. semoga kami juga akan mencapai kejayaan seperti abang.

Aina bangga dengan abang. semoga abag terus berjaya di masa hadapan.





Penerimaan anugerah cemerlang UPSR 2010 dan Pencapain Matapelajaran elektif dan teras terbaik.


Bersama kawan-kawan abang yang sama-sama dapat 5 A




Di bawah pula guru kelas abang

Majlis Penyampaian Hadiah 2010

Alhamdulillah tahun 2010 membawa kenangan yang amat manis. Usaha berterusan sepanjang tahun akhirnya berbaloi apabila aina berjaya mendapat tempat pertama di SK Lok Yuk Likas dan di Sekolah Agama Al Mubarak, Likas. Abah sudah janji untuk memberikan hadiah yang istimewa nanti. Tapi kata abah apa yang penting adalah usaha bukannya hadiah.
Terima kasih abah, Umi, Abang atas bantuan dan dorongan. Terima kasih cikgu di atas didikan. kepada kawan-kawan terima kasih juga atas segalanya semoga tahun depan kita dapat berusaha bersama-sama.




Bersama Guru kelas yang disayangi.


Menerima hadiahh Tempat pertama dari Guru Besar

Majlis Penyampaian Hadiah di Sekola Agama Al Mubbarak, Masjid Bandaraya Likas.



Juga hadiah dan sijil tempat pertama

Bersama ustazah-ustazah yang disayangi

Muhammad Saiful Ilham Bin Ismail

Pada 26 Jun2010 yang lalu, maka lahirlah ahli keluarga kami yang ke empat. Baby yang comel tapi bukan perempuan. Namanya Muhamad Saiful Ilham. Semakin meriahlah kami lepas ini.
Ini antara gambar-gambar adik ilham yang dapat saya kongsikan bersama. Comelkan.

a. Hari Kelahiran



i. Saat gembira di hari kelahiran.



ii. Syawal yang sangat gembira jadi abang.



iii. Nenekpun ada juga menyambut kelahiran baby.



iv. Wajah baby yang comel.



b. Majlis Gunting Rambut / kenduri Kesyukuran



Tahun 2010 yang mengembirakan

Rasanya tahun ini amat mengembirakan kami semua. Dapat baby baru Muhammad saiful Ilham, Keputusan Cemerlang Abang UPSR, keputusan peperiksaan saya di SK Lok Yuk, Likas dan Sekolaa Al Mubarak, Likas, Balik Kg. dan macam-macam lagi. Nanti saya ceritakan.

Lama menghilang

Aku masih disini. Cuma aga lama menghilang disebabkan kesibukkan menghadapi peperiksaan hujung tahun 2010. Alhamdulillah selepas ini bolehlah update semula blog ini. Untuk tatapan kita bersama.

Wednesday, June 30, 2010

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan






Semalam kami sempat ke Majlis Pelancaran Tilawah Al Quran Peringkat kebangsaan yang di adakan di Dewan Saadah, Wisma Muis Kota Kinabalu. Walau pun hujan, susah parking tapi bangunan wisma muis tetap dipenuhi orang ramai sehingga sesak. dewan Saadah dan ruang-ruang legar semuanya penuh.


Selain majlis tilawah terdapat banyak gerai-gerai dan ruang pameran disediakan. Marilah kita semua ke sana sehingga 3 juali ini bagi memeriahkannya dan meningkatkan ilmu pembacaan al quran kita.


Tebalik pula gambar abah ni.







Monday, June 7, 2010

Ahoy TLDM Sepanggar

Hari ini abah bawa kami semua ke Pengkalan Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) di teluk Sepanggar Kota Kinabalu. Perjalanan dari kk hanya dalam 15 minit sahaja melalui jalan Karambunai. Melalui perkampungan nelayan di atas air dan menyusuri jalan sepanjang pantai yang cantik, terlihat Pengkalan TLDM yang cukup gagah. Kalau kawan-kawan nak tahu disinilah Kapal Selam Pertama Negara berlabuh.

Kedatangan kami ini sempena Hari Terbuka Armada kali pertama di sini. Macam-macam ada. Selain pameran gerai, peralatan ketenteran, kapalkapal perang dan kapal tempur, ada jug yang sempat menaiki bot tempur tentera laut. Kami tidak dapat naik sebab mahu hujan sudah. Seronok dapat naik KD Kedah, KD Paus, KD Gaya dan macam-macam lagi. Syawal siap mahu belajar menembak meriam dan senapang. Harap-harap lain kali dapat datang lain. terima kasih TLDM

Syawal asyik dengan model Kapal Selam TLDM