Wednesday, June 30, 2010

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan






Semalam kami sempat ke Majlis Pelancaran Tilawah Al Quran Peringkat kebangsaan yang di adakan di Dewan Saadah, Wisma Muis Kota Kinabalu. Walau pun hujan, susah parking tapi bangunan wisma muis tetap dipenuhi orang ramai sehingga sesak. dewan Saadah dan ruang-ruang legar semuanya penuh.


Selain majlis tilawah terdapat banyak gerai-gerai dan ruang pameran disediakan. Marilah kita semua ke sana sehingga 3 juali ini bagi memeriahkannya dan meningkatkan ilmu pembacaan al quran kita.


Tebalik pula gambar abah ni.







Monday, June 7, 2010

Ahoy TLDM Sepanggar

Hari ini abah bawa kami semua ke Pengkalan Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) di teluk Sepanggar Kota Kinabalu. Perjalanan dari kk hanya dalam 15 minit sahaja melalui jalan Karambunai. Melalui perkampungan nelayan di atas air dan menyusuri jalan sepanjang pantai yang cantik, terlihat Pengkalan TLDM yang cukup gagah. Kalau kawan-kawan nak tahu disinilah Kapal Selam Pertama Negara berlabuh.

Kedatangan kami ini sempena Hari Terbuka Armada kali pertama di sini. Macam-macam ada. Selain pameran gerai, peralatan ketenteran, kapalkapal perang dan kapal tempur, ada jug yang sempat menaiki bot tempur tentera laut. Kami tidak dapat naik sebab mahu hujan sudah. Seronok dapat naik KD Kedah, KD Paus, KD Gaya dan macam-macam lagi. Syawal siap mahu belajar menembak meriam dan senapang. Harap-harap lain kali dapat datang lain. terima kasih TLDM

Syawal asyik dengan model Kapal Selam TLDM

Friday, June 4, 2010

hari jadi Tasya




Hai kawan-kawan,kali ini saya akan bercerita tentang Tasya. Adik Sepupu saya yang telah menyambut hari jadinya yang lalu. ini Gambar Lama. Lama sudah saya tidak jumpa dia. Mesti sudah besar sebab tahun ini dia 2 tahun sudah. Sayangnya saya tiada gambar dia. Nantilah tasya kakak akan datang sana juga jumpa kamu.