Monday, June 7, 2010

Ahoy TLDM Sepanggar

Hari ini abah bawa kami semua ke Pengkalan Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) di teluk Sepanggar Kota Kinabalu. Perjalanan dari kk hanya dalam 15 minit sahaja melalui jalan Karambunai. Melalui perkampungan nelayan di atas air dan menyusuri jalan sepanjang pantai yang cantik, terlihat Pengkalan TLDM yang cukup gagah. Kalau kawan-kawan nak tahu disinilah Kapal Selam Pertama Negara berlabuh.

Kedatangan kami ini sempena Hari Terbuka Armada kali pertama di sini. Macam-macam ada. Selain pameran gerai, peralatan ketenteran, kapalkapal perang dan kapal tempur, ada jug yang sempat menaiki bot tempur tentera laut. Kami tidak dapat naik sebab mahu hujan sudah. Seronok dapat naik KD Kedah, KD Paus, KD Gaya dan macam-macam lagi. Syawal siap mahu belajar menembak meriam dan senapang. Harap-harap lain kali dapat datang lain. terima kasih TLDM

Syawal asyik dengan model Kapal Selam TLDM

No comments:

Post a Comment