Tuesday, May 25, 2010

Menangkap Ketam


Bulan ini abah kata musim ketam telah bermula di Daerah Kota Belud. Jadi pada hari sabtu yang lalu saya abang dan abah terus ke Pantai Kg. Nanamun, Kota Belud untuk menangkap ketam. Pengalaman yang amat menyeronokkan keran inilah kali pertama saya mengikut abah menangkap ketam. Perjalanan ke Kota belud memakan masa hampir sajam juga dan adari kota belud ke Pantai Kg. Nanamun hanya 20 minit sahaja. Sesampai di sana kami berkemah bersebelah dengan Ladang Ostrich. Pantai yang sangat cantik, bersih dan tidak tercemar dengan sebarang aktiviti pembangunan. Sampah pun kurang. Air yang jernih dan laut yang tenang. dari pantai ini sayup kelihatan Pulau Mantanai dan diwaktu malam kelihatan api dan cahaya dari pelantar minyak di lautan yang terbentang luas itu.


Sepanjang malam kami memasang perangkap ketam yang dipanggil bintur. Pakcik seman dan Pakcik latif telah biasa jadi semuanya dapat dibuat dengan mudah. Wah banyak juga ketam yang kami dapat. Malam tu saya tidur dalam jam 3 pagi di dalam khemah. Ianya pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Kalau sesiapa nak mencuba datang lah ke Kota Belud di pantai Pintasan, Kg. Nanamu dan Kg. Pantai Kg. Rampaian Laut.
Pada minggu berikutnya kami datang lagi di pantai yang sama tetapi tempat yang berlainan. Kali ini dapat lebih banyak. Ada bintur yang mendapat lebih 10 ekor ketam. Kali ini memang kami kenduri ketam. dapat lebih 200 ekor ketam sehingga jam 10 malam. Lepas tu terpaksa balik sebab tayar kereta abah pancit. InsyaAllah ada masa kami datang lagi nanti.

Cuti-Cuti Malaysia - penerbangan Balik


Hari terakhir di Kajang.
Percutian sampai disini saja> kena balik sebab esoknya sekolah sudah. Pagi kami hanya meronda di sekitar bandar baru Bangi sebelum bertolak ke LCCT untuk Penerbangan Balik Ke Kota Kinabalu. Tidak Sabar sudah mahu balik. Seminggu di sini rasanya sekejap saja. lain kali kalau kami baik abah kata boleh datang lagi.
Makcik Lija dan suaminya serta Babu Dindo dan suaminya dari Negeri sembilan juda ada datang menghantar kami di airport. terima kasih.

Cuti-Cuti Malaysia - Kajang Putrajaya


Petang kami bertolak ke Kajang. Kami akan bermalam di rumah makcik Saya. Kalau kawan-kawan nak tahu saya dilahirkan di sinilah. Di Hospital Kajang pada tahun 2002 yang lalu. Dahulu abah saya bertugas di Putrajaya sebelum berpindah ke Kota Kinabalu.
Pada sebelah malamnya kami menjamu selera di Sate kajang yang terkenal tu. Sedap.
Dikesempatan kali ini abah sempat membawa kami ke Putrajaya dengan menggunakan kereta makcik. inilah antar gambar2 yang sempat saya kongsikan bersama.



Cuti-Cuti Malaysia - Taman Tasik Perdana

Hari ini merupakan hari terakhir kami di KL. Esok Kami akan ke Kajang Pula. kembara hari ini adalah ke Taman Tasik Perdana, tugu Negara, Taman Burung, Taman Rama-Rama, Taman Rusa, Muzium Kesenian Islam, Muzium Polis, Memorial Tun Raza, Muzium Negara dan Masjid Negara. Sayangnya kami tidak sempat melawat kesemuanya. Terlalu lama kami di Taman Tasik Perdana. Tidak apalah lain kali kami datang Lagi.
i. Taman Burung

ii. Memorial Tun abdul Razak


iv. Taman Orked

v. Taman Tasik Perdana




vii. Taman Rusa

Cuti-Cuti Malaysia - KL


Dari KL Tower kami terus ke Dataran Merdeka, Muzium Sejarah, Perpustakaan, Bangunan Sultan Abdul Samad, Kompleks Mahkamah, Muzium Kebudayaan dan meronda di kawasan jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Masjid India dan kawasan sekitarnya Tapi Banyak yang Tutup.




Pada sebelah petang pula kami ke Planetarum negara. Wau. sampai tutup kami masih di dalam. Banyak pengetahuan bawru yang kami perolehi. tidak puas datang petang saja. Kami tengok tayangan angkasa macam dalam kapal angkasa saja. Peralatan -peralatan dan kapal angkasa dan macam-macam lagi.










Dalam Kapsul Angkasa

Cuti-Cuti Malaysia - KL Tower


Hari ketiga menjadi hari yang amat menyeronokkan dan memenatkan. Awal-awal lagi kami sudah bersiap dan sarapan di hotel untuk berjalan ke KL Tower. Kali ini umi ikut jalan.Tempatnya tidak jauh dan perjalanan menaiki teksi di bayar RM 4.50 tapi hampir kesemua teksi yang kami nai mesti minta lebih. Ada teksi yang ditanya minta RM15.00 untuk kesana. Dia kata itu tambang biasa. Kami tidak akan naik teksi yang mahal dan tidak guna meter kata abah.Ini antara gambar-gambar kami disana.
Pameran Muzium telekom

Pokok termahal.

Terbalik pula.