Thursday, February 11, 2010

Balik Kampung

Semalam abah kata kami akan balik kampung cuti tahun baru cina ni. Mesti seronok sebab dapat jumpa datuk nenek, fira dan makcik di kampung. Sekola saya akan bercuti selama seminggu jadi seminggulah saya dapat berehat di kampung. Abah kata mahu buat kenduru akikah anak aunty kokok dan akikah untuk sesiapa yang belum akikah nanti. Wah sibuklah kami nanti di sana.
Tapi abah awal-awal lagi sudah cakap... Balik kampung bukan berehat belajar. Kena ulang kaji dan buat buku kerja. Alamak.... mesti dikampung nanti abah akan sentiasa pastikan saya belajar juga. Tapi bagus juga sebab banyak yang membantu di kampung. Nenek dan Datuk pun pandai bahasa Ingeris.
Abah kata kami akan berjalan selepas Maghrib pada malam sabtu nanti. Mesti jalan gelap dan berkabus tebal. Sejuk tau kalau jalan malam terutamanya di Gunung Emas tu. Tapi demi balik kampung semua ok....

Monday, February 1, 2010

Datuk Saya

Hari sabtu yang lalu, datuk saya datang kerumah. Seronok dapat jumpa Datuk. Datuk saya namanya Haji Rustin Bin Ladi, tinggal di Kampung Sinulihan Baru Keningau. Datuk bekerja di Kelinik Kesihatan Tulid, Sook Keningau.
Kesian datuk kepenatan datang dari Kampung. Datuk siap belikan kami Daging Payau dan buah Langsat dari Tamu Nabawan. Terima kasih Datuk.

Syawal paling seronok bila jumpa datuk dia. Terus di Gusti Datuk. Memang hobi syawal lah tu.
Malam tu abah terus bawa kami dan datuk untuk dinner di Hotel Shangrilla, Kota Kinabalu. Kami mahu menjamu datuk hidangan buffet di hotel. datuk Marusin pun ada. Terkenang di semasa dia bekerja di hotel itu pada tahun 1978 katanya.
Sayangnya kamera kami rosak. Tidak dapatlah ambil gambar di sana.
Malam tu kami makan sepuasnya bersama Datuk. Syawal macam selalu makan aiskrim dan abc sepuas-puasnya. Semoga datuk terus sihat dan selalu melawat kami di sini. Kami sayang datuk.








Majlis Yaasin, Tahlin dan Doa

Assalamualaikum kawan-kawan, marilah kita bersama-sama ke surau kita di Flat Persekutuan KM 5 Kompleks sukan likas terutamanya setiap malam jumaat. Boleh kita membaca yassin dan tahlil bersama-sama. dahula sangat meriah sekarang tinggal saya sorang saja budak perempuan di sana. Orang lelakipun tak ramai.

sekarang kita ada ustaz baru namanya Ustaz Asraf dari Universiti Malaysia Sabah. Dia akan memberikan tazkirah setiap malam jumaat dan Kelas Fiqh nanti. Boleh kita belajar bersama-sama ya.

Karnival Pengajian Tinggi

Hari Pertama bulan Februari 2010 saya mulakan dengan langkah baru ke sekolah. Terasa semangat terus membara setelah mengunjungi karnival pengajian tinggi di Suria Sabah Kota Kinabalu semalam. Karnival yang memaparkan pelbagai peluang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Ada banyak universit dan kolej yang mengadakan pameran di sana. Bermacam-macam maklumat yang kami perolehi.


Seperti kata abah jika mahu berjaya kita hendaklah menentukan arah tuju kita lebih awal. Dengan mengunjungi karnival ini saya dapat mengetahu kerjaya yang ada dan syarat-syarat yang diperlukan. Untuk memasuki universiti dipamerkan juga matapelajaran yang perlu kami lulus dengan baik. InsyaAllah, saya akan lebih berusaha supaya dapat menjadi seorang Guru di masa depan dan dapat melanjutkan pelajaran di Universiti Pendidkan Sultan Idris Kelak.

Syawal pun ikut sama tapi bukannya dimahu tahu apa-apa. Dia lari sana sini mahu mencari tempat bermain saja. Bila tidak jumpa, mulalah dia meragam dan mahu ke Giant sebab di sana ada tempat permainan. Terpaksalah kamui ke Kolombong. Baru di senyum semula. Alahai syawal..