Friday, January 29, 2010

Promenade Hotel, Kota Kinabalu


Seronoknya bila abah bawa kami sekeluarga ke Promenade Hotel. Saya memang sangat suka makandi sana. Macam-macam ada. Yang paling best ada banyak pilihan kek, aiskrim dan makanan jepun. Abah kata boleh makan sepuasnya tapi jangan membazir sebab membazir itu amalan syaitan.








Aksi Syawal sedang menikmati aiskrimnya.




















Asalnya kami bukan mahu dinner di sini. Abah dah rancang nak bawa kami ke Restoran Seafood Cina Muslim yang baru dibuka di Jalan Tuaran lama. Tidak tahu kenapa lepas abah turun ke restoran tu, terus di bawa kami ke hotel ni. Syawal berabi makan aiskrim dan abc. Abang pula dengan makanan jepunnya. Umi tentulah dengan salad-saladnya. Saya.... tentulah makan sepuasnya.


Sempat bergambar di lobi hotel.



Abah kata kalau kami baik lain kali abah bawa lagi kami makan di sini dan di hotel yang lain.

Monday, January 25, 2010

Dinner @ Sinar Mustika, Inanam


Malam tadi abah bawa kami makan malam di Inanam. Kawan abah kata makan di sana Sedap. Restoran Sinar Mustika di Terminal Bas Inanam ini memang sibuk. Macam-macam ada. Sate, Soto Makasar, Nasi Campur, Sup Perut, Sup Urat, Ayam daging. Alahai susah pula mahu pilih.









Semuanya sedap.
Syawal lagi sibuk. Mahu bergambar saja. Posing sana sini dia.



















Umi dan Kereta




Nampaknya kereta kami ada corak dan bentuk baru. Macam baru kena langgar.



Bila tanya abah,

abah kata " Umi mahu test saja tu, mana lebih kuat kereta kita atau tiang rumah"














Keputusannya sama-sama kuat kan...







Monday, January 18, 2010

Tamu Hari Sabtu, Giant Kolombong











Pagi ini kami sekeluarga berkunjung ke Tamu Hari Sabtu di Giant Kolombong. Kawan-kawan tahu tak apa dia Tamu. Di Negeri Sabah Tamu merupakan pasar mingguan yang diadakan bagi membolehkan orang-orang kampung dan peniaga memasarkan hasil-hasil tamanam dan keluaran mereka. Di Kota Kinabalu ni banyak Tamu di adakan. Yang paling terkenal adalah Tamu Jalan Gaya dan Tamu KPD. Ada juga Tamu KK di Pasar Pelipin, Tamu Inanam, Tamu Menggatal, Tamu Dongonggon dan Tamu-tamu di setiap daerah. Tamu paling istimewa adalah Tamu Besar Kota Belud. Nak Tahu datanglah ke sana pada setiap Oktober setiap tahun.

Di Tamu Giant hari ini sangat sibuk juga. Macam-macam ada. Durian, Tanaman, Buah-buahan dan suasananya sangat bersih. Sempat saya rakamkan pelbagai jualan di sana untuk di kongsi bersama.








Lepas ke Tamu, sempat juga kami main di Taman Permainan Giant. Seronok syawal dapat main di sana.
(Bergambar di Kawasan Permainan Giant)

Ikan oh Ikan @ SAFMA Kota Kinabalu


Pagi ini abah dan saya ke Pasar SAFMA Kota Kinabalu. Pasar Ikan yang menjual ikan terus dari Kapal-kapal nelayan. Selalunya saya tidak mahu ikut. Ngantuk pagi-pagi.
(Berposing di Safma)



Seawal 6.00 pagi kami sudah bertolak dari rumah ke Kota Kinabalu. Suasana sangat sejuk dan berkabus memandangkan sekarang ini musim hujan. Dalam hujan renyai-renyai kami sampai dan abah terus masuk ke dalam kawasan SAFMA. Senang saja abah dapat parking tapi berbayarlah. Di pasar ini suasananya sangat sibuk dan pelbagai jenis ikan sedang dijual.


Kapal-kapal nelayan juga sedang berlabuh selepas menurunkan ikan. Wau ketam, udang, sotong, ikan semuanya dijual dengan harga yang sangat murah dan segar. Patutlah abah sentiasa membeli ikan di sini. Banyak juga abah beli udang sotong, ketam dan ikan untuk kami sekeluarga. Abah kata mahu buat stembot untuk datuk yang akan datang dari kampung hari ini. Banyak jenis ikan yang abah tunjukkan kepada saya.


Mari kita berkongsi bersama jenis-jenis Ikan/ hasil laut yang sempat saya rakamkan sebelum bateri kamera habis.


















Harganya yang sempat kami tanya;

Ikan Kembung = Ikan lumaan, Ikan Tulai, RM 5.00 sekilo
Ikan Pari RM 2.00 sekilo
Ikan Tuna sirip Kuning dan Biru (Lengkunis) RM 7.00 sekilo
Ikan Kayu = Ikan Bekulan, Ikan Panit, Ikan Payawan RM 5.00 sekilo
Ikan Putih = Nyok-Nyok = GT RM 10.00 sekila
Ikan Batu
Ikan Uji Rashid RM 3.00 sekilo
Abalon RM 6.00 sekilo
Ikan Sulit RM 5.00 sekilo
Ikan Sunsung RM 10.00 sekilo
Ikan Buntal
Ketam Suri RM 5.00 sekilo
Ketam biasa / Merah RM 3.00 sekilo
Ikan ketitir RM 2.50 sekilo
Ikan Bahulu Milk Fish RM 4.00 sekilo
Sotong Kurita RM 2.00 Sekilo
Sotonng RM 2.00 sekilo
Sotong besar RM 3.00 – RM 10.00 sekilo

Mari Belajar Solat dan Berdoa











Hari ini abah memberikan saya 2 buah buku. Geng Pintar Solat (Panduan Solat) dan Doa-doa Harian Muslim. Buku kecil yang sangat baik dan lengkap untuk belajar solat. Ada Gambar bagi setiap pergerakan dari berwuduk hingga berdoa. Bagus dan sangat memudahkan kita untuk belajar dan memahami setiap maksud bacaannya.
Rasanya setiap orang kena ada satu. Saiznya yang kecil memudahkan ia untuk dibawa ke mana-mana. Buku Doa pula ada macam-macam doa harian dari bangun Tidur, Makan, Ke Tandas dan sebagainya. Harganyapun tak mahal. RM 1.00 bagi Panduan Solat dan RM 2.00 untuk Buku Doa.

Tuesday, January 12, 2010

Ikan Keli

Saya sangat suka makan ikan keli. Biasanya umi masak keli goreng atau keli bersambal. Abah ada banyak akuarium di rumah untuk memelihara bibit ikan keli dan ada juga yang besar untuk ikan keli yang mahu dimasak. Di kampungpun ada. Kawan-kawan pun tentu pernah melihat keli kan.

Keli masak sambal. Sedap.




Tapi pernah tak kawan-kawan lihat ikan keli ni.
Keli Gergasi. ??



Agaknya siapa yang makan siapa ya. Ki

Monday, January 11, 2010

Keceriaan Syawal di kampung


Nampaknya syawal tidak seronok lepas balik dari kg. Asik mahu balik kampung saja. kesian juga tengok dia. hari-hari dia mengacau saya. Habis semua buku-buka saya dia mahu ambil dan conteng. Mahu di marah nanti abah marah pula. Terpaksa juga saya kunci pintu selalu kalu mahu belajar dan buat kerja di bilik. Tunggulah cuti dik. Nanti Abah bawa kita balik kampung ya.


















Kenangan syawal bersama fira dan bebiah di hari terakhir di Kampung semasa cuti sekolah akhir tahun 2009.