Tuesday, March 2, 2010

Restoran Puncak Azam


Kalau kawan-kawan ke keningau dan Tambunan melalui Jalan Moyog dan Gunung Emas, tentu akan melalui satu lagi tempat rehat di situ "Puncak Azam". Setiap kami kami balik kampung tentu abah akan singgah di sini. Suasana yang tenang, udara yang dingin dan sejuk serta pemandangan yang cantik.



Restoran di puncak bukit ini juga merupakan satu-satunya restoran Muslim di kawasan ini. Siap ada surau disediakan untuk kegunaan pengunjung. Hari itu sempat juga kami berkenalan dengan pengusahannya. Seorang Peguam dari Kota Kinabalu. Dahulu anaknya dan abang siful satu kelas di SRK lok Yuk Likas.


Kawan-kawan kalau nak cuba sotonya, nasi goreng azamnya kah, singgahlah di sini.

Sambutan Tahun Baru Cina KRT Luyang

Pada hari Ahad yang lalu saya dan abang sempat mengikuti abah ke Majlis Sambutan Tahun Baru China di KRT Luyang. Seronok juga sebab lama sudah tidak melihat sambutan tahun baru cina di KK ini. Baru kami mahu berjalan, taya kereta abah pula meletup. Nabi baik ada Pakcik Latif dan kawannya datang. Itupun sampai di sana majlis sudah bermula dan pertujukan tarian Singa dah habis.
Tapi kami sempat juga melihat persembahan kanak-kanak tabika Perpaduan Luyang. Ada Chicken Dance dan penyampaian angpau. Ramai juga yang datang sampai kami terpaksa berdiri di luar saja.
Dari kami harap masih belum terlambat mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua.

Monday, March 1, 2010

Sukan Sekolah SRK Lok Yuk Likas


Sukan sekolah datang lagi. Pada sukan kali ini nampaknya kami murid-murid tahap satu tidak terlibat. Hanya menonton sahaja. Banyak acara diadakan dan pada hari sukan hanya acara akhir sahaja dipertandingkan dan acara perbarisan.
















Abang saiful ikut 2 acara lontar peluru dan menjadi komander perbarisan Rumah Hijau. Abang sangat hebatlah dan perbarisan pasukan abang dapat tempat kedua. pasukan yang sangat berdisplin.



Dalam acara sukan abang dapat pingat emas untuk acara melontar peluru. Tahniah Abang tapi tiada pula hadiah disampaikan pada hari tersebut untuk acara melontar peluru. Kenapa cikgu? Mana hadiah abang saya ya cikgu?

Dalam kemeriahan sukan sempat juga syawal buat lawak. Dia naik atas podium semasa abang menerima hadiah daripada Guru Besar. Alahai syawal.





Hari itu sangat panas tambahan pula perasmi lambat datang lagi. Kesihan abang dan kawan-kawan lain ditengah panas. Cikgu-cikgu tidak apalah ada topi. Lepas tu awal pula perasmi pulang. Tidak Tunggu siap. Nampaknya abah cukup marah pasal tu. Sabarlah abah ya.


Apahal pun tahniah kepada semua pemenang, Peserta dan cikgu-cikgu yang berkerja keras menjayakan sukan kali ini.







Maulidurrasul 1431 H 2









Alhamudulillah pada sebelah malam kami teruskan acara dengan solat maghrib, Perarakan dan Ceramah. Seronok sambil berarak dan berselawat di bawah cahaya bulan purnama yang indah, ada pula percikan dan dentuman bunga api menghiasi langit. kemeriahan begitu terasa dengan kehadiran ramai kawan-kawan dan ibu bapa ke majlis ini.










Antara jemaah yang hadir.







Sesudah itu kami diperdengarkan pula dengan majis tarbiyah oleh Ustaz Mohd Ashraf Bin Che Soh daripada UMS. Banyak yang saya pelajarai dari ceramah ustaz. Betapa kita terlaul lalai dan jauh dari Rasulullah. Kita tidak membuktikan kecintaan kepada nabi dalam kehidupan kita. Kita tidak mengikuti sunnah hidup Nabi pun malah tidak mengambil peduli rupanya bagaimanan kehidupan, akhlak dan amalan Nabi. Ustaz hanya memberikan beberapa contoh seperti cara Nabi bercakap, Perhubungan Nabi dengan sahabat dan saudara, cara berjalan dan sikap kita dalam kehidupan. Ianya banyak menyedarkan saya dan semoga kawan-kawan juga dapat menanampak azam mencontohi Nabi dalam Kehidupan.










'Ustaz Mohd Ashraf Bin Che Soh'



Majlis Sambutan Mauliduurasul 1431H










Minggu lalu merupakan minggu yang sibuk untuk kami di perumahan ini sempena menyambut maulidurrasul 1431H. Semalam cukup meriah dengan sambutan maulidurrasul daripada sampai ke malam. Ada banyak acara diadakan tapi saya sempat ikut 2 acara saja. Saya ke Sekolah dulu untuk sambutan Maulidurrasul di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu sebelum ke Dewan Serbaguna kami.


Sesampai di dewan acara mewarna dan mebaca kisah-kisah Nabi telah siap. Ramai yang mengikut acara mewarna. Syawal tidak pula ikut. abah kata tengah meragam. Saya sempat mengikuti pertandingan Hafazan surah dan Busana Muslim serta persembahan 2 buah nasyid.

harap-harap majlis begini dapat dibuat selalu. Dapat juga semua orang bertemu dan mengeratkan silaturrahirm.

Majlis Tahnik dan Aqiqah











Alhamdulillah sempat juga datuk cari seekor kerbau untuk disembelih sebelum majlis aqiaqah anak Aunty. Majlis sangat meriah dan ramai orang kampung yang sudi datang. Masa sembelih saya tak datang takut tengok kerbau tu.










Abah kata sembelihan itu satu sunnah nabi. Berkongsi kegembiraan dan kesyukuran dengan kelahiran anak. Semoga amalan ini dapat diteruskan dan diamalkan oleh semua orang islam.




Abah dan Umi