Monday, March 1, 2010

Sukan Sekolah SRK Lok Yuk Likas


Sukan sekolah datang lagi. Pada sukan kali ini nampaknya kami murid-murid tahap satu tidak terlibat. Hanya menonton sahaja. Banyak acara diadakan dan pada hari sukan hanya acara akhir sahaja dipertandingkan dan acara perbarisan.
















Abang saiful ikut 2 acara lontar peluru dan menjadi komander perbarisan Rumah Hijau. Abang sangat hebatlah dan perbarisan pasukan abang dapat tempat kedua. pasukan yang sangat berdisplin.



Dalam acara sukan abang dapat pingat emas untuk acara melontar peluru. Tahniah Abang tapi tiada pula hadiah disampaikan pada hari tersebut untuk acara melontar peluru. Kenapa cikgu? Mana hadiah abang saya ya cikgu?

Dalam kemeriahan sukan sempat juga syawal buat lawak. Dia naik atas podium semasa abang menerima hadiah daripada Guru Besar. Alahai syawal.





Hari itu sangat panas tambahan pula perasmi lambat datang lagi. Kesihan abang dan kawan-kawan lain ditengah panas. Cikgu-cikgu tidak apalah ada topi. Lepas tu awal pula perasmi pulang. Tidak Tunggu siap. Nampaknya abah cukup marah pasal tu. Sabarlah abah ya.


Apahal pun tahniah kepada semua pemenang, Peserta dan cikgu-cikgu yang berkerja keras menjayakan sukan kali ini.







No comments:

Post a Comment