Tuesday, May 25, 2010

Menangkap Ketam


Bulan ini abah kata musim ketam telah bermula di Daerah Kota Belud. Jadi pada hari sabtu yang lalu saya abang dan abah terus ke Pantai Kg. Nanamun, Kota Belud untuk menangkap ketam. Pengalaman yang amat menyeronokkan keran inilah kali pertama saya mengikut abah menangkap ketam. Perjalanan ke Kota belud memakan masa hampir sajam juga dan adari kota belud ke Pantai Kg. Nanamun hanya 20 minit sahaja. Sesampai di sana kami berkemah bersebelah dengan Ladang Ostrich. Pantai yang sangat cantik, bersih dan tidak tercemar dengan sebarang aktiviti pembangunan. Sampah pun kurang. Air yang jernih dan laut yang tenang. dari pantai ini sayup kelihatan Pulau Mantanai dan diwaktu malam kelihatan api dan cahaya dari pelantar minyak di lautan yang terbentang luas itu.


Sepanjang malam kami memasang perangkap ketam yang dipanggil bintur. Pakcik seman dan Pakcik latif telah biasa jadi semuanya dapat dibuat dengan mudah. Wah banyak juga ketam yang kami dapat. Malam tu saya tidur dalam jam 3 pagi di dalam khemah. Ianya pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Kalau sesiapa nak mencuba datang lah ke Kota Belud di pantai Pintasan, Kg. Nanamu dan Kg. Pantai Kg. Rampaian Laut.
Pada minggu berikutnya kami datang lagi di pantai yang sama tetapi tempat yang berlainan. Kali ini dapat lebih banyak. Ada bintur yang mendapat lebih 10 ekor ketam. Kali ini memang kami kenduri ketam. dapat lebih 200 ekor ketam sehingga jam 10 malam. Lepas tu terpaksa balik sebab tayar kereta abah pancit. InsyaAllah ada masa kami datang lagi nanti.

No comments:

Post a Comment