Monday, February 1, 2010

Datuk Saya

Hari sabtu yang lalu, datuk saya datang kerumah. Seronok dapat jumpa Datuk. Datuk saya namanya Haji Rustin Bin Ladi, tinggal di Kampung Sinulihan Baru Keningau. Datuk bekerja di Kelinik Kesihatan Tulid, Sook Keningau.
Kesian datuk kepenatan datang dari Kampung. Datuk siap belikan kami Daging Payau dan buah Langsat dari Tamu Nabawan. Terima kasih Datuk.

Syawal paling seronok bila jumpa datuk dia. Terus di Gusti Datuk. Memang hobi syawal lah tu.
Malam tu abah terus bawa kami dan datuk untuk dinner di Hotel Shangrilla, Kota Kinabalu. Kami mahu menjamu datuk hidangan buffet di hotel. datuk Marusin pun ada. Terkenang di semasa dia bekerja di hotel itu pada tahun 1978 katanya.
Sayangnya kamera kami rosak. Tidak dapatlah ambil gambar di sana.
Malam tu kami makan sepuasnya bersama Datuk. Syawal macam selalu makan aiskrim dan abc sepuas-puasnya. Semoga datuk terus sihat dan selalu melawat kami di sini. Kami sayang datuk.








No comments:

Post a Comment