Thursday, February 11, 2010

Balik Kampung

Semalam abah kata kami akan balik kampung cuti tahun baru cina ni. Mesti seronok sebab dapat jumpa datuk nenek, fira dan makcik di kampung. Sekola saya akan bercuti selama seminggu jadi seminggulah saya dapat berehat di kampung. Abah kata mahu buat kenduru akikah anak aunty kokok dan akikah untuk sesiapa yang belum akikah nanti. Wah sibuklah kami nanti di sana.
Tapi abah awal-awal lagi sudah cakap... Balik kampung bukan berehat belajar. Kena ulang kaji dan buat buku kerja. Alamak.... mesti dikampung nanti abah akan sentiasa pastikan saya belajar juga. Tapi bagus juga sebab banyak yang membantu di kampung. Nenek dan Datuk pun pandai bahasa Ingeris.
Abah kata kami akan berjalan selepas Maghrib pada malam sabtu nanti. Mesti jalan gelap dan berkabus tebal. Sejuk tau kalau jalan malam terutamanya di Gunung Emas tu. Tapi demi balik kampung semua ok....

No comments:

Post a Comment