Tuesday, December 15, 2009

Balik Kampung


Horrey, Cuti datang lagi. Masa untuk balik kampungg telah sampai. 21 November 2009 yang lalu akhirnya dapat juga kami balik ke kampung saya. Seronok tau dapat balik kampung. Walaupun jauh tapi dapat berjumpa datuk, nenek, makcik, pakcik dan fira di sana. Kampung kami di Keningau. Kampung Sinulihan Baru, Sook.


Perjalanannya sangat memenatkan. Hampir tiga jam abah memandu dari Kota Kinabalu, barulah sampai ke Bandar Keningau. Jalan melalui Moyog, Gunung Emas, dan Tambunan menyebabkan saya jadi mabuk jalan. Kira-kira 1 jam 40 minit dari Bandar Keningau pula barulah sampai ke kampung. Jalannya masih jalan berbatu, tiada telefon, tiada air paip. Hanya pakai air graviti, perigi dan air hujan saja. Betul-betul suasana kampung yang indah dan asli. Sungai yang cantik dan pemandangan kampung yang tenang. Yang lagi bestnya, semua buah-buahan sedang masak. Ada Rambutan, Langsat, Cempedak, Jambu, Mangga dan macam-macam lagi. Hari-hari kami makan buah. Buah Mata Kucing sentiasa ada. Tak perlu beli. Petik saja di pokok. Selalunya orang akan datang hantar ke rumah macam-macam jenis buah. Baik sungguh orang-orang di kampung ini. Hantar pula bukan sikit. Semua kira dalam guni. Terima kasih daun keladi. Kalau hantar selalupun kami sudi.


Semasa di kampung, aunty saya pula telah selamat melahirkan anak pertamanya. Baby Perempuan yang sangat comel. Tahniah aunty. Aunty Kokoklah yang selalu menjaga saya selama ini. Dari kecil sampailah dia berkahwin. Semoga aunty sihat dan bahagia selalu.

Aunty tinggal di Banjaran Cro0cker. Cantik suasana di sini. Ada Bunga Rafflesia dan macam-macam lagi. Dapat lihat bandar keningau dan pemandangan Taman-Taman Sabah.


Terima kasih Datuk, Nenek, Makcik, Pakcik dan Fira. Minggu Depan kami balik Kampung Lagi.

No comments:

Post a Comment