Pernah tak mendengar tentang Taman Rama- Rama di Negeri Sabah? Ada sebenarnya tapi masih ramai yang tak tahu. Sempena cuti sekolah kali ini, saya dan keluarga telah melawat ke Taman Rama-Rama yang terletak di Banjaran Crocker. kedudukannya berada di laluan Jalan Moyog- Tambunan. Kalau dari Kota Kinabalu, ia berada di sebelah kanan jalan sebelum Gunung Emas. Kawan-Kawan nak tahu, cantik tempatnya. Sejuk pula tu. Disitu ada macam-macam jenis rama rama, kumbang, bunga-bunga dan koleksi rama-rama serta kumbang dari seluruh dunia.
Kalau berkunjung ke situ, ada petugas yang akan menerangkan maklumat tentang rama-rama. Baru saya tahu, rupa-rupanya kitapun ada rama-rama kebangsaan. Ingatkan bunga kebangsaan sahaja. Warnanya Hijau hitam. Tapi tak dapat ambil gambarlah. Bateri Habis. Untuk kawan-kawan inilah antara gambar-gambar yang sempat kami rakam di taman rama-rama. Tak rugi tau kalau datang.
Hari ini saya mendapat pengetahuan banyak baru tentang rama-rama. Perbezaan di antara rama-rama dan kupu-kupu, ular kapak (warna hijau) dan megenali pelbagai jenis bunga serta tumbuh-tumbuhan di taman ini. Gambar- gambar di bawah ini pula yang menunjukkan kitaran hidup rama-rama dari masa Mengawan, Telur, Jadi Ulat, kepompong dan jadilah rama-rama.
No comments:
Post a Comment