Tuesday, December 29, 2009

Tamu Nabawan










Berpeluang ke Tamu Nabawan merupakan pengalaman yang sangat menarik semasa cuti sekolah ini. Ini merupakan kali kedua saya ke Nabawan dan pertama kali ke Tamu ini. Nabawan terletak tidak jauh dari Kg. saya. hanya kira-kira 58 km sahaja dan 25 km dari pekan Sook, Keningau. Suasananya cukup tenang dan ramai orang kampung datang untuk berniaga di sini. Macam macam ada. Kebanyakannya hasil keluaran pertanian di daerah ini. Sempat saya melihat pelbagai jenis buah yang tidak saya kenali sebelum ini. Kalau kawan-kawan nak tengok payau atau ibu bapa mahu beli daging payau ajaklah mereka ke sini.


Disini sangat mudah nak dapat payau. Harganya pun berpatutan . Kalau isi abah saya tanya RM 14.00, tulang RM 8.00 - RM 10.00 sahaja. Tapi hari tu abah saya hanya beli tulang rusuk kijang sahaja RM 15.00 sekilo. Kata abah penjual payau yang ada pada hari itu semuanya bukan islam. Penjual islam hanya dapat kijang sahaja. Nampaknya merasalah kami makan sup kijang kali ni. Mesti sedap umi saya masak.

No comments:

Post a Comment