Thursday, January 7, 2010

TAHUN BARU 2010 DAN DAFTAR SEKOLAH

Memulakan tahun baru 2010 dengan semangat yang baru untuk mencapai kejayaan lebih cemerlang lagi. Seawal 6.00 pag abah telah pergi ke sekolah SRK Lok Yuk untuk mendaftarkan kami. Umi pula telah menyiapkan keperluan sekolah. beg Baru, Baju Baru dan semuanya Baru.
Balik dari sekolah abah sempat tunjukkan gambar-gambar semasa pendaftaran. Nampaknya sama seperti tahun lepas juga. Tiada perubahan suasana dan caranya. Kawan-kawan yang tidak ke sana bolehlah melihat betapa susanya ibubapa kita menguruskan pendaftaran kita di sekolah.


Pendaftaran untuk sekolah sangat mudah. Diuruskan oleh Guru Kelas masing-masing dengan cekap dan mudah. Suasana tenang dan teratur. Cikgu Jesica juga akan menjadi guru kelas saya 2M.


Berbeza pula bila tiba membeli buku kerja dan keperluan sekolah. Tidak pernah berubah. Ibu bapa dan murid-murid terpaksa bersesak-sesak sebab hanya 2 orang sahaja penjual yang ditugaskan. Sampai hati juga mereka buat begitu setiap tahun. Kita kan bayar buka minta free. Kan elok kalau dibuat sistem yang memudahkan semua seperti yang dibuat oleh sekolah. Sudahlah bayar tapi bukunya tiada juga. Tidak tahu bila boleh dapat. Dulu beli banyak pun lambat dapat dan ada yang tidak digunakan.



Di koperasipun sama. Bersesak membeli melalui celah-celah cermin kedai. 2 orang saja yang bekerja. Sudah tahu orang ramai, apa salahnya tambah orangkan. Macam apa saja membeli dari celah cermin.

No comments:

Post a Comment