Monday, January 11, 2010

Air Terjun Masakob, Tambunan



Pada cuti sekolah ini juga saya dan keluarga sempat singgah ke Air Terjun Masakob, Tambunan. Sebelum ini selalu juga kami limpas di sini tapi tidak pernah masuk. Berkunci saja pintunya. Tapi pada hari itu semasa kami singgah di sana kami sempat masuk ke dalam. Cantik tempatnya dan ianya sedang dalam proses pembaikan sebelum dibuka secara rasmi kepada orang ramai. Kalau di luar telah disediakan air terjun buatan, di dalam pula ada air terjun sebenar, pondok rehat di atas tasik, Taman permainan, Rumah pokok dan taman bunga. Rasanya kalau dah siap nanti tentu lebih cantik.










Tempatnya senang saja nak cari. Kalau dari arah Kota Kinabalu ianya terletak di sebelah kanan jalan selepas menuruni dari Puncak Alab/ Gunung Emas. Di pintu masuknya dibina replika Bunga Reflesia dan Air Terjun Buatan melalui Sompoton. Selamat bercuti.










Sempat abah cuci kereta sambil sejukkan injin yang panas naik bukit.

1 comment: