Monday, January 11, 2010

Madrasah Al Mubarak, Masjid Bandaraya Kota Kinabalu



Tahun ini juga saya akan bersekolah di sekolah agama. Tahun lepas tidak sempat sebab tiada yang hantar ke sekolah. Alhamdulillah dapat juga saya menyambung belajar di sekolah Agama. Dulu masa di Labuan saya bersekolah di Tadika Islam Kg. Layang-layangan. Seronok dapat belajar banyak perkara baru.



Tahun ini tentu saya sangat sibuk. Pagi-pagi lagi abah hantar ke sekolah agama naik motorsikal. Tengahari nanti bas sekolah akan ambil terus ke sekolah Lok Yuk. Tukar baju pun di sekolah agama. Memang penat tapi seronok. dapat jumpa kawan baru, Ustazah baru dan suasana baru.

1 comment:

  1. Belajar rajin-rajin aina. Semoga berjaya

    ReplyDelete