Monday, January 18, 2010

Ikan oh Ikan @ SAFMA Kota Kinabalu


Pagi ini abah dan saya ke Pasar SAFMA Kota Kinabalu. Pasar Ikan yang menjual ikan terus dari Kapal-kapal nelayan. Selalunya saya tidak mahu ikut. Ngantuk pagi-pagi.
(Berposing di Safma)



Seawal 6.00 pagi kami sudah bertolak dari rumah ke Kota Kinabalu. Suasana sangat sejuk dan berkabus memandangkan sekarang ini musim hujan. Dalam hujan renyai-renyai kami sampai dan abah terus masuk ke dalam kawasan SAFMA. Senang saja abah dapat parking tapi berbayarlah. Di pasar ini suasananya sangat sibuk dan pelbagai jenis ikan sedang dijual.


Kapal-kapal nelayan juga sedang berlabuh selepas menurunkan ikan. Wau ketam, udang, sotong, ikan semuanya dijual dengan harga yang sangat murah dan segar. Patutlah abah sentiasa membeli ikan di sini. Banyak juga abah beli udang sotong, ketam dan ikan untuk kami sekeluarga. Abah kata mahu buat stembot untuk datuk yang akan datang dari kampung hari ini. Banyak jenis ikan yang abah tunjukkan kepada saya.


Mari kita berkongsi bersama jenis-jenis Ikan/ hasil laut yang sempat saya rakamkan sebelum bateri kamera habis.


















Harganya yang sempat kami tanya;

Ikan Kembung = Ikan lumaan, Ikan Tulai, RM 5.00 sekilo
Ikan Pari RM 2.00 sekilo
Ikan Tuna sirip Kuning dan Biru (Lengkunis) RM 7.00 sekilo
Ikan Kayu = Ikan Bekulan, Ikan Panit, Ikan Payawan RM 5.00 sekilo
Ikan Putih = Nyok-Nyok = GT RM 10.00 sekila
Ikan Batu
Ikan Uji Rashid RM 3.00 sekilo
Abalon RM 6.00 sekilo
Ikan Sulit RM 5.00 sekilo
Ikan Sunsung RM 10.00 sekilo
Ikan Buntal
Ketam Suri RM 5.00 sekilo
Ketam biasa / Merah RM 3.00 sekilo
Ikan ketitir RM 2.50 sekilo
Ikan Bahulu Milk Fish RM 4.00 sekilo
Sotong Kurita RM 2.00 Sekilo
Sotonng RM 2.00 sekilo
Sotong besar RM 3.00 – RM 10.00 sekilo

No comments:

Post a Comment